Wet Wipes Lid yang comel

Apa bah perasaan kamu kalau kamu beli tisu basah (wet wipes) lepas tu jadi kering, padahal belum lagi habis pakai. 😭

Bukan murah bah wet tisu kan?
Jangan cakap untuk baby saja.
Untuk kegunaan seharian bah tu, lagi-lagi kalau selalu on-the-go.

Ada bah penyelesaian dia, selain daripada beli itu tissue case (tapi mahal bah), ada satu benda yang betul-betul menarik perhatian saya.

Wet Wipes Lid.

Yasssss!!

Saya pilih jenama dari Jepun, Bitatto!! Saya pilih warna Strawberry Red, mengancam bah colour dia. Ada penegasan, dari jauh boleh nampak sudah. Kah kah kah.

wet-wipes-lid

Apa yang bagus dia?
  • Boleh guna balik-balik (sudah nama dia reusable kan?)
  • Kalau kotor, cuci saja pelekat dia, guna air, kasi kering (air dry) lepas tu boleh guna balik
  • Bila pakai ni, maka tisu pun tidaklah kering


Kalau lihat dari gambar, ada 4 jenis, iaitu:
  • Regular size
  • PUSH
  • Ribbon
  • Coo [ku]
Saya punya ni jenis Regular, ada juga Mini size. Yang regular ni boleh pakai untuk 80 sheets wet wipes!

Memang puas hati.

Mana mahu beli?

Saya beli daripada Bebe Bright Enterprise, cari saja Bebe Bright di Shopee.

Atau boleh pergi link nya di sini >>>  shopee.com.my/bebebright



Banyak jenis, harga pun berpatutan!



Beginilah pelekat dia (belum buka ah.)



Comel kan? 😍😍😍



Nah, beginilah size dia.

😍😍😍😍😍

Kita mesti share benda bagus!!!

Cheers!
Mag Si Ibu Muda

Comments

  1. Wow..bestnya.. Tq sharing mag.memang sangat2 membantu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! ❤ Ada jenama K-Mom juga jual di Baby Wonderland, tapi habis stock ni.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts