Stok Ayam untuk Bayi

Chicken Stock Made With Love
Di pasaran, banyak betul jenis stok ayam, jenis kiub, jenis cecair, jenis paste, jenis serbuk, macam-macam jenis.
Tetapi, untuk bayi, kita mesti gunakan stok ayam tanpa garam dan MSG, oh well sebenarnya orang dewasa pun sama sebenarnya. So memandangkan hari tu Hari Pekerja, dan suami pun tidak bekerja, saya ambil keputusan untuk buat stok ayam untuk keluarga.
Kenapa perlu beli kalau kita sendiri boleh buat? Sebenarnya anak saya Lea Alexis pun sudah masuk 8 bulan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk buat stok ayam sendiri daripada beli di luar. Lagipun saya fikir, apa guna saya tengok MKR (My Kitchen Rules yang ditayangkan di televisyen saluran DIVA dulu, husband and I love to watch the series).
Masak-masak ini mudah sebenarnya, janji diri sendiri ada hati mahu buat, pernah dengar kalau masak simple pun kalau masak dengan penuh kasih sayang, hasilnya pasti sedap dan mantap?

Bahan-bahan untuk membuat homemade chicken stock

Antara bahan yang kamu perlu untuk membuat stok ayam untuk bayi mahupun untuk seisi keluarga ialah:
  1. Ayam, bahagian mana itu adalah terpulang, saya lagi suka menggunakan bahagian front quarter dan juga isi ayam, daging ayam selalunya saya akan beli dari kedai DESA yang berdekatan, jimat sebab ada membership! Segar dan harga pun berpatutan.
  2. Celery, batang celery untuk rasa sodium semula jadi.
  3. Carrot, untuk rasa manis.
  4. Bawang besar.
  5. Bawang merah.
  6. Bawang putih.
  7. Air satu lanjang.
bahan-bahan-stok-ayam-untuk-bayi
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat stok ayam yang sedap dan sihat.

Cara-cara yang senang untuk membuat stok ayam

Setelah kamu dapatkan dan kumpulkan semua bahan-bahan yang tersenarai di atas, bersihkan dan potong dadu atau mengikut kesukaan kamu.
Masukkan air (saya guna air tapis mesin Cuckoo) ke dalam lanjang, masukkan semua sekali bahan-bahan, masak dengan api yang kecil, biarkan ia mereneh sehingga air menjadi separuh daripada sukatan awal.
Saya reneh selama 4 jam, kamu akan nampak hasilnya seperti isi ayam mulai terurai.

stok-ayam-untuk-bayi
Reneh kesemua bahan-bahan. 

4 jam kemudian, air menjadi renehan ayam, lembut dan empuk. 

stok-ayam-untuk-bayi
Tapis dan asingkan, buka tulang sebelum blend kesemuanya sekali. 

stok-ayam-untuk-bayi
Hasil selepas blend, boleh masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk tahan lebih lama dalam freezer.
Senangkan? 

Selamat mencuba! 

Cheers! 
Ibu muda yang cuba makan secara sihat. 

Comments

Popular Posts